Pages

Saturday, June 4, 2016

TEKNOLOGI WIRELESS



Bertemu kembali kita dalam laman blog kesayangan saya ini. Sebelum saya memulakan penulisan pada hari ini, jika ada sebarang pertanyaan anda boleh komen jew pada setiap post saya okay? 

Hari ini terdapat 2 tajuk yang saya ingin kongsikan tetapi antara 2 tajuk ini berkait rapat jugak la. Mesti korang x sabar nak tahu apa tajuk pada hari ini kan? Okay tajuk pertama pada hari ini ialah jengjeng....

1. Teknologi Wireless

Dalam setiap pembelajaran benda pertama kita kena tahu ialah definisi/pengenalan. Wireless? Apa yang anda faham tentang wireless?? Mesti anda pernah jew dengar orang sekeliling sebut wireless kan? Atau anda sendiri menggunakan wireless.
Wireless merupakan penghubung dua peringkat yang tidak menggunakan media kabel. Ia juga dikenali sebagai teknologi tanpa kabel. Dalam hal hubungan komunikasi pula, ia tidak perlu menggunakan media atau kabel tetapi menggunakan gelombang elektromagnetik sebagai pengganti kabel.

Telekomunikasi 'wireless' pula merujuk kepada pemindahan maklumat di antara dua atau lebih 'point' yang tidak berhubung secara fizikal. Teknologi 'wireless' beroperasi dengan memberikan perkhidmatan yang mudah iaitu komunikasi jarak jauh untuk berhubung tanpa menggunakan wayar. Ia merangkumi pelbagai jenis aplikasi yang tetap dan mudah alih, termasuk radio dua-hala, telefon selular, pembantu peribadi digital (PDA) dan juga rangkian 'wireless'.

Selain daripada itu, beberapa contoh teknologi 'wireless' yang lain pula seperti frekuensiradio, infra merah atau lebih dikenali sebagai Infra-Red yang digunakan sebagai alat transmisi data. Ia didapati dalam alat kawalan jauh televisyen atau berbagai alat kawalan jauh yang lainnya dan juga teknologi bluetooth yang merupakan modifikasi dari Frekuensi Radio. Ini berbeza dengan Infra-Red yang menggunakan cahaya medium. Manakala, bluetooth merupakan teknologi 'wireless' standard yang berfungsi untuk pertukaran data dari jarak dekat meggunakan frekuensi radio sebesar 2.4Ghz.

Jenis- Jenis Wireless

1. Wireless Wide Area Network (WWANs)
2. Wireless Metropolitan Area Network (WMANs)
3. Wireless Local Area Networks (WLANs)
4. Wireless Personal Area Networks (WPANs)



Teknologi Wireless

1. Infra-Merah


Teknologi infra merah ini merupakan teknologi wireless yang tidak menggunakan isyarat frekuensi radio. Selain itu, infra merah menghantar data sebagai cahaya dalam jarak yang dekat. Untuk pengetahuan, IrDA (Infrared Data Association ) adalah industri yang standard untu komunikasi wireless dengan infra red. Kebanyakan komputer riba dilengkapi dengan IrDA yang membolehkan komunikasi dengan peranti yang lain. Kelajuan pemindahan antara 2400 bps kepada 4Mpbs.

2. Wireless Local Area Networks (WLANs)/ WIFI



Wireless Local Area Networks (WLANs) pula digunakan berdasarkan standard IEE 802.11. Tiga lapisan fizikal untuk WLANs terdiri dari 2 frekuensi radio (radio frequency, RF) dan 1 cahaya inframerah (infrared, IR). Dengan ini, timbul beberarapa cara penyelesaian bagi sambungan ini. Penyelesaian titik-ke-titik digunakan untuk mendekatkan antara 2 rangkaian kawasan tempatan dan sebaga alternatif kepada dua lokasi geografi yang jauh (sehingga 30 batu). Seterusnya, penyelesaian titik ke pelbagai titik menyambung beberapa lokasi berasingan ke satu lokasi tunggal atau bangunan.

3. Broadband

Teknologi ini memberikan signal tanpa wayar yang
 berkelajuan tinggi dalam kawasan yang luas seperti
 komputer peribadi ke rangkaian data. Menurut 
802, 16-2.004 standard, jalur lebar (broadband) 
bermaksud mempunyai jalur lebar lebih besar 
sekitar 1 MHz dan menyokong kadar data yang 
lebih besar kira-kira 1.5 Mbit/s.



4. Bluetooth 

Bluetooth pula suatu signal tanpa wayar bagi Personal Area Network (PANs). Teknologi ini hanya meliputi bawah 10 meter dan sudah luas digunakan bagi perhubungan tanpa internet seperti telefon bimbit, komputer riba,   printer, kamera digital dan lain-lain lagi.

4. WiMax

Wimax bertanggungajwab meningkat liputan tanpa 
wayar. Wimax juga menyediakan akses kepada internet
 ke lokasi yang tetap dengan liputan yang lebih besar. 
Kelajuannya sehingga 70 Mbps.

5. Telefon Mudah Alih




No comments:

Post a Comment