Pages

Saturday, June 4, 2016

INFRASTRUKTUR INTERNET

      

Assalamualaikum dan selamat tengahari. Tengah hari macam ni selalunya mesti anda letih, penat ditambah dengan keadaan cuaca sekarang yang semakin meningkat suhunya. Saya nak pesan kepada semua jagalah kesihatan sebaik-baiknya. Minumlah air yang mencukupi, tidur yang cukup dan pemakanan yang seimbang kerana dengan benda tersebut akan melahirkan minda yang cergas secara tak lansung memudahkan proses pembelajaran kita. Apa yang kita membaca insyallah akan senang untuk ingat. 

Berbalik pada tajuk hari ini mengenai infrastruktur internet. Tajuk sebelum ini sudah terang lagi bersuluh memberitahu kita tentang peranti alat dalam telekomunikasi dan jenis-jenis signal yang terlibat. Sekarang kita akan mengetahui bagaimana alat ini berinteraksi sesama sendiri. Jangan ingat manusia dan haiwan ja berinteraksi sesama sendiri. Internet pon ada juga. Jom kita sambung membaca di bawah.


Sebut jew internet mesti lambang-lambang di atas berlegar-legar di fikiran anda kan? Baguslah kalau ia terlintas kerana menunjukkan anda tahu apa yang disebutkan. Okay, kalau dah dapat bayangkan lambang web di atas cuba fikirkan pula apa fungsi sebenar internet ? Internet berfungsi dalam menghubungkan kerja-kerja komputer dengan menghantar data menerusi pakej pertukaran khas atau lebih dikenali dengan IP (internet protokol). World Wde Web (www) adalah satu cara bagi mengakses maklumat menerusi medium internet.

Rangkaian mempunyai Hirarki Internet tertentu.


Setiap rangkaian mempunyai hirarki tertentu. Berdasarkan gambarajah di atas apa yang saya boleh simpulkan ialah terdapat 3 hirarki yang terlibat iaitu daripada satu komputer ke LAN, daripada LAN ke ISP dan daripada ISP ke WWW. #hafal

Sebenarnya, syarikat di kawasan tertentu mempunyai Point of Presence (POP) bagi membolehkan pengguna tematan untuk mengakses rangkaian syarikat tersebut seperti nombor telefon tempatan. Selain itu, terdapat rangkaian bertahap tinggi seperti Network Access Points (NAPs). ISP atau IAP seperti protokol internet TM akan disambungkan ke NAPs untuk membolehkan pelanggan mengakses internet.

Seterusnya, komputer dapat disambungkan ke internet, alamat IP bertindak sebagai pengenalan dan komunikasi atau bahasa yang digunakan oleh komputer. Namun, bagi sebuah komputer adalah dalam bentuk nombor binari.


IP adress terdri daripada 32 bits, 4 octets daripada nombor 0-225. Setakat sekarang anda faham apa yang ditulis oleh saya? Saya ada tambahan lagi di sini. Bagaimana mengesan alamat IP yan terkini? Untu mengesan, anda boleh mencuba beberapa laman web seperti http://whatismyipaddress.com/ .

Sistem Nama Domain MAjor mempunyai HTTP (Hyper Text Transfer Protocol) yang mentakrifkan cara mesej diformat dan dihantar. Ia juga mengawak tindakan Web Server dan Browser. Seterusnya, apabila URL dimasukkan dalam browser, pada masa yang sama juga arahan dihantar ke HTTP dan akhirnya akan pergi ke halaman yang diminta.
Internet juga mempunyai pelbagai jenis sambungan secara dial (dial connection) yang menggunakan modem yang disambungkan ke bicu telefon biasa. CAra ini dapat mengurangkan kos dan mudah dipasang tetapi mempunyai sambungan yang lemah. Sebaliknya, sambungan yang pantas dan terus ialah dengan menggunakan kabel. Sambungan dari satelit pula membolehkan internet diakses di mana sahaja tetapi mempunyai sambungan yang lemah apabila berada jauh dari kawasan piring satelit ataupun ketika cuaca hujan malah berkos tinggi.


No comments:

Post a Comment