Pages

Saturday, June 4, 2016

PEMBENTANGAN TUGASAN



Assalamualaikum wbt. Hari ini merupakan hari penting bagi setiap kumpulan. Boleh dikatakan hari penentuan markah setiap pelajar. Hal demikian kerana walaupun pembentangan dilakukan  secara berkumpulan tetapi Dr. Dayana memberikah markah mengikut individu. 

Pembentangan pada hari ini adalah mengenai pemerhatian yang telah dijalankan d Makmal Bahasa Digital D tempoh hari. Ingat tak ingat ni? Kalau tak ingat mari saya ingatkan. Ingat tak saya pernah cerita pasa laman blog saya yang lalu tentang lawatan ke Makmal Digital D di mana kami perlu membentangkan tajuk yang sama tetapi isinya berbeza. Hah, macam mana tu? Pada mulanya saya dan rakan juga keliru takut-takut ada tersama dengan group sebelah tetapi setelah berbincang bersama kumpulan kami telah mendapatkan segala maklumat yang diperlukan. Apa pulak maklumat yang kena ada tu? Maklumat tersebut adalah seperti di bawah.



Hari ini semua rakan termasuk saya segak bergaya berpakaian kemas. Pembentangan bermula tepat pada masanya tanpa menunggu rakan-rakan yang lewat. Saya suka cara Dr. Dayana mengawal pelajar yang lewat. Beliau sentiasa memahami dan mudah berunding. Saya faham rakan-rakan saya mempunyai alasan kerana lewat tetapi sebagai pelajar kita sepatutnya datang awal ke kelas tambahan lagi semasa hari pembentangan.



Pembentangan dimulakan oleh kumpulan Haikal, Nafiza, Ainshuhada dan Sharina seterusnya diteruskan dengan kumpulan 2 dan 3. Saya dan ahli kumpulan merupakan kumpulan 4. Kami telah melakukan pembentangan yang terbaik dan ada sesekali Dr. Dayana memuji kumpulan kami kerana isi yang disampaikan jelas dan ada pertambahan maklumat sedikit dari yang lain. 

Pembentangan diteruskan sehingga kumpulan terakhir iaitu kumpulan Ayob. Alhamdulillah walaupun tajuk yang diberikan sama, tetapi isi dan cara penyampaian berbeza. Sepanjang pembentangan juga, kami telah berbincang  berkaitan penambahbaikan makmal, kelebihan serta kelemahan makmal. Dari situ, apa yang boleh saya simpulkan adalah melalui pembentangan banyak maklumat yang boleh kita dapatkan. 

Akhir sekali, Dr. Dayana mengakhiri kelas pada hari ini dengan memberi komen atau maklum balas kepada saya dan rakan-rakan berkaitan pembentangan kami tadi. Banyak benda yang perlu diperbaiki supaya pembentangan menjadi lebih menarik, tidak mengantuk dan berkesan. Beliau juga sempat berkongsi pengalaman beliau sebelum hari pembentangan. Sebelum hari pembentangan apa yang perlu kita perlu buat adalah menyemak ejaan setiap isi yang terkandung dalam slaid pembentangan. Selain itu, pemilihan jenis tulisan adalah penting. Jangan memilih tulisan yang berekor kerana sukar dibaca.




No comments:

Post a Comment