Pages

Saturday, June 4, 2016

PEMERHATIAN MAKMAL BAHASA DIGITAL D



Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Hari ini kelas berjalan seperti biasa tetapi kelas hari ini memerlukan saya dan rakan-rakan melawat Makmal Bahasa Digital yang terletak di D05. Tujuan utama lawatan ke sana adalah untuk mendapatkan maklumat tentang makamal tersebut bagi menyiapkan tugasan yang memerlukan kami menulis laporan dan presentation mengenai makmal tersebut. 

Pada awalnya, Dr. Dayana memberikan penerangan ringkas tentang apa yang perlu dilakukan semasa lawatan di sana. Setelah itu, penerangan penuh mengenai makmal disampaikan oleh En. Syed Syeikh Alwi. Apa yang kami perlu lakukan ialah mencatat, merekod, merakam setiap isi dan maklumat yang disampaikan oleh beliau berkaitan makmal tersebut kerana maklumat tersebut akan ditulis semula oleh kami mengikut kumpulan. 

Apa  yang saya dan rakan perlu tahu ialah mengenai topologi-topologi yang digunakan di makmal tersebut, komponen-komponen rangkaian yang digunakan di sana,kelebihan dan kekurangan makmal tersebut, perisian rangkaian dan sebagainya. Alhamdulillah maklumat yang disampaikan oleh En. Syed jelas dan mudah difahami kerana beliau telah menunjukkan komponen yang terlibat secara realiti. Jadi, kami hanya perlu mengambil gambar dan mencatat maklumat tersebut. Akhir sekali, tidak lupa juga kepada Dr. Dayana kerana sentiasa memantau sepanjang lawatan ke makmal ini. Terima kasih Dr. Dayana & En. Syed Syeikh Alwi .


No comments:

Post a Comment