Pages

Monday, May 30, 2016

RANGKAIAN KOMPUTER

Assalamualaikum. . Khabare semua? Harap semuanya sihat-sihat sahaja. Memandangkan musim sekarang musim panas jadi saya nasihatkan semua agar rajin-rajinkan diri minum banyak air ok? Jangan asyik nak minum ais jew nanti akan mendatangkan sakit.

Baiklah saya teruskan dengan pembelajaran saya pada hari ini. Hari ini kelas bermula dalam keadaan yang agak riuh rendah kerana semua mengadu panas. Tapi bukan penghalang untuk meneruskan kuliah pada hari ini. 

Panas ke sejuk kew letak tepi mari saya tunjukkan video serba sedikit tentang  pengenalan kepada tajuk saya pada hari ini.

Tajuk pada hari ini ialah  rangkaian komputer sedikit sebanyak telah diterangkan dalam video dia atas. . Apa? Line internet anda slow? Tidak dapat buka dan tonton video di atas? Takpe. Mari saya terangkan satu persatu.

Rangkaian komputer bermaksud sambungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Maksudnya kat sini rangkaian komputer ini ialah satu sistem komputer yang mengandungi dua atau lebih komputer yang dihubungkan di antara satu sama lain melalui sistem operasinya yang selaras walaupun komputer-komputer tersebut berada di tempat yang jauh. Rangkaian komputer menggunakan kabel talian telefon gelombang radio, satelit dan infra merah.

Seterusnya, dalam tajuk ini apa yang kita perlu tahu ialah terdapat 3 jenis rangkaian secara asasnya iaitu :



i) MAN (Metropolitan Area Network)
Okay. Untuk pengetahuan MAN merupakan satu jaringan yang meliputi satu kawasan yang luas tetapi masih terbatas kepada suatu tempat yang sama. Contohnya, kampus universiti, sekolah, dan sebagainya.

ii) WAN (Wide Area Network)

WAN adalah satu rangkaian komputer yang dijalankan ke selur
uh pelusuk dunia tanpa mengira keadaan geografinya. Sebagai contohnya, jika anda berada di Malaysia, WAN membolehkan anda mendapatkan maklumat dari satu tempat host yang terdapat di Singapura. Faham ke tak faham ni? Ke buat-buat faham? (Hihi). Di samping itu, jaringan ini dijalankan dengan menggunakan talian telefon dan satelit.

iii) LAN (Local Area Network)

LAN ialah rangkaian setempat. Secara ringkasnya, beberapa PC boleh disambungkan bagi mendapat kemudahan yang terdapat dalam rangkaian. Sama dengan MAN dan WAN kerana LAN mempunyai station kerja yang disambungkan kepada server.

Kelas diteruskan lagi apabila Dr. Dayana memperkenalkan KOMPONEN RANGKAIAN. Pertama sekali kita harus tahu kompenen-kompenen yang terlibat. Tak perlu saya tulis panjang-panjang, rujuk pada gambar rajah di bawah. 



1) Hots / End Nodes / Nod Akhir

  • Nod akhir merujuk kepada sumber dan destinasi data. Sebagai contoh, komputer peribadi, terminal, stesen kerja dan mesin pengeluaran wang automatik.


2) Media Penghantaran

  • Rupanya media penghantaran berfungsi sebagai penghantaran data dan signal kawalan. Media pengahantaran ini juga bertanggungjawab untuk menghantar elektrik atar isyarat melalui media tertentu. Selain itu, ia boleh disempadani atau tidak boleh disempadani. Dengan lebih jelah berwayar atau tidak berwayar.


Boleh disempadani/Bounded (wired)
Tidak boleh disempadani/ Unbounded (wireless)
      ·         Twisted pair cable
      ·         Coaxial cable                  
      ·         Fiber optic cable
  
      ·         Radio signals
      ·         Satellite transmission
      ·         Infrared transmission

3) Peranti Elektronik Rangkaian

  • Peranti elektronik rangkaian bertanggungjawab untuk mengawal data dari sumber ke destinasi. Selain itu, peranti ini menyediakan muka antara pemancar media yang berbeza / untuk protokol yang berbeza. Fungsinya adalah untuk menyambung pelbagai rankaian bersama-sama atau untuk menyambung komputer atau rankaian ke internet.
  • Contoh-contoh peranti ini termasuklah:

  • i) Jambatan (Bridges)
  • ii) Router
  • iii) Pemultipleks (Multiplexers)
  • iv) Suis (Switch)
  • v) Hab (hubs)
  • vi) Gerbang (GAteways)
  • vi) Pemproses Akhir HAdapan (Front End Processors)

4. Seni Bina Rangkaian
  • Seni bina rangkaian adalah cara reka bentuk untuk berkomunikasi. Terbahagi kepada 2 jenis iaitu pelanggan iaitu client dan server. Client ialah komputer yang meminta atau menggunakan sumber rangkaian manakala server pula memproses permintaan oleh pelanggan. PELAYAN RANGKAIAN? Pelayan rangkaian menyediakan akses kepada perisian, fail, dan lain-lain yang dikongsi dalam rangkaian. Ada 2 istilah yang perlu kita ketahui iaitu 'mendapatkan semula fail dari pelayan= muat turun' manakala 'memindahkan daripada pelanggan ke pelayan=memuat naik'.
  • Seterusnya, peer to peer network. Pernah dengar sebelum ini?Peer to peer network tiada centre server. Ia mempunyai akses terus ke peranti lain. Contoh Internet peer to peer ialah iTunes dan Bluetooth.
5. Topologi Rangkaian
  • Topologi rangkaian adalah kajian tentang sususan atau pemetaan unsur-unsur (pautan, nod, dan lain-lain) rankaian, terutamanya fizikal dan logik saling berhubung antara nod.
  • Terdapat 2 jenis topologi rangkaian iaitu, Topologi Fizikal dan Topologi Logik. Topologi fizikal merupakan susun atur fizikal peranti pada rangkaian atau cara peranti pada rangkaian disusun dan bagaimana mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Ohya sebelum saya terlupa, topologi fizikal ini juga melibatkan stesen kerja disambungkan kepada rangkaian melalui kabel sebenar yang menghantar data. Topologi fizikal terbahagi kepada 5 jenis iaitu :

i) Topologi Bas




ii) Topologi Cincin (Ring)




iii) Topologi Star



iv) Topologi Tree


v) Topologi Mesh



2) Topologi Logikal= Cara isyarat bertindak ke atas rangkaian dari satu peranti ke peringkat seterusnya tanpa mengambil kira sambungan fizikal ke atas peranti. Terdapat 2 jenis topologi ini iaitu "shared media topology" dan "token-based topology".


No comments:

Post a Comment