Pages

Saturday, June 4, 2016

MIT BLOSSOM

Assalamualaikum. . 


Sedar tidak sedar hari ini merupakan hari terakhir kelas bersama Dr. Dayana. Perasaan? Sukar digambarkan. Sedih tidak dinafikan tetapi perjuangan harus diteruskan. 

Pada akhir kelas ini Dr. Dayana akan mengajar tentang pembelajaran terakhir iaitu berkaitan Video MIT Blossom. Apa tuuuuu? ? Mesti tidak pernah dengar kan? Saya sebelum ini pon tidak pernah dengar kerana hanya di Malaysia, hanya UTM mempunyai teknologi tersebut. MIT Blossom merupakan salah satu laman web adalah kerjasama UTM dengan negara-negra luar. Topik yang dibangkitkan dalam penggunaan video MIT Blossom ini ialah topik Rangkaian Topologi. 

Seterusnya, Dr. Dayana membahagikan kami kepada 4 kumpulan sebelum menonton tayangan video di skrin layar di hadapan. Pada mulanya saya sedikit bingun tentang video tersebut tetapi apabila video mula dimainkan barulah saya faham apa fungsi MIT Blossom tersebut. Video tersebut memerlukan kami melakukan tugasan mengikut arahan yang dijelaskan. Kami perlu berfikir serta berbincang bersama ahli kumpulan seterusnya berlakon untuk menunjukkan perjalanan data bagi setiap topologi.Alhamdulillah, melalui aktiviti yang merujuk kepada video tersebut telah membuatkan saya faham dengan lebih jelas tentang tajuk berkaitan topologi. 

Kelas telah pun berada di penghujungnya Dr. Dayana ada menekankan tentang format kertas peperiksaan . . Insyaallah ada rezeki dapat belajar lagi bersama dengan Dr. Dayana. Tidak lupa juga kepada Dr. Affendy. Saya berasa bersyukur kerana dipertemukan dengan 2 orang pensyarah yang berkaliber tinggi, baik hati serta mahir dalam bidang ICT. Akhir kata saya akan sentiasa ingat kata-kata Dr. Dayana "Gunalah Pakcik Google" jika mencari sesuatu maklumat kerana lebih cepat, mudah serta menjimat masa. Terima kasih Dr. 



PEMBENTANGAN TUGASAN



Assalamualaikum wbt. Hari ini merupakan hari penting bagi setiap kumpulan. Boleh dikatakan hari penentuan markah setiap pelajar. Hal demikian kerana walaupun pembentangan dilakukan  secara berkumpulan tetapi Dr. Dayana memberikah markah mengikut individu. 

Pembentangan pada hari ini adalah mengenai pemerhatian yang telah dijalankan d Makmal Bahasa Digital D tempoh hari. Ingat tak ingat ni? Kalau tak ingat mari saya ingatkan. Ingat tak saya pernah cerita pasa laman blog saya yang lalu tentang lawatan ke Makmal Digital D di mana kami perlu membentangkan tajuk yang sama tetapi isinya berbeza. Hah, macam mana tu? Pada mulanya saya dan rakan juga keliru takut-takut ada tersama dengan group sebelah tetapi setelah berbincang bersama kumpulan kami telah mendapatkan segala maklumat yang diperlukan. Apa pulak maklumat yang kena ada tu? Maklumat tersebut adalah seperti di bawah.



Hari ini semua rakan termasuk saya segak bergaya berpakaian kemas. Pembentangan bermula tepat pada masanya tanpa menunggu rakan-rakan yang lewat. Saya suka cara Dr. Dayana mengawal pelajar yang lewat. Beliau sentiasa memahami dan mudah berunding. Saya faham rakan-rakan saya mempunyai alasan kerana lewat tetapi sebagai pelajar kita sepatutnya datang awal ke kelas tambahan lagi semasa hari pembentangan.



Pembentangan dimulakan oleh kumpulan Haikal, Nafiza, Ainshuhada dan Sharina seterusnya diteruskan dengan kumpulan 2 dan 3. Saya dan ahli kumpulan merupakan kumpulan 4. Kami telah melakukan pembentangan yang terbaik dan ada sesekali Dr. Dayana memuji kumpulan kami kerana isi yang disampaikan jelas dan ada pertambahan maklumat sedikit dari yang lain. 

Pembentangan diteruskan sehingga kumpulan terakhir iaitu kumpulan Ayob. Alhamdulillah walaupun tajuk yang diberikan sama, tetapi isi dan cara penyampaian berbeza. Sepanjang pembentangan juga, kami telah berbincang  berkaitan penambahbaikan makmal, kelebihan serta kelemahan makmal. Dari situ, apa yang boleh saya simpulkan adalah melalui pembentangan banyak maklumat yang boleh kita dapatkan. 

Akhir sekali, Dr. Dayana mengakhiri kelas pada hari ini dengan memberi komen atau maklum balas kepada saya dan rakan-rakan berkaitan pembentangan kami tadi. Banyak benda yang perlu diperbaiki supaya pembentangan menjadi lebih menarik, tidak mengantuk dan berkesan. Beliau juga sempat berkongsi pengalaman beliau sebelum hari pembentangan. Sebelum hari pembentangan apa yang perlu kita perlu buat adalah menyemak ejaan setiap isi yang terkandung dalam slaid pembentangan. Selain itu, pemilihan jenis tulisan adalah penting. Jangan memilih tulisan yang berekor kerana sukar dibaca.




APLIKASI E-MEL

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Terima kasih kerana setia membaca laman blog saya. Sebelum saya memulakan penulisan pada hari ini, saya ingin mengkongsikan sarangkap pantun yang dicipta sendiri oleh saya.

Negeri Johor adanya tempat bernama Stulang,
Sisipkan daun hiasan tepinya, 
Banyak berdoa selepas sembanhyang,
Mohon diampun dosa di dunia.

Minggu ini saya tidak dapat menghadiri kelas Dr. Dayana kerana terlibat dengan Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan. 


cuba teka mana satu saya


Walaupun terlibat dengan kejohanan, tidak ada alasan untuk saya tidak menulis laman blog saya ini. Saya bersyukur kerana sistem pembelajaran di UTM menggunakan sistem E-Learning. Hal demikian kerana jika pelajar tidak dapat hadir ke kelas atas alasan tertentu, mereka tidak akan ketinggalan dalam pelajaran kerana mereka boleh belajar secara sendiri tentang pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah dengan hanya membuka sistem E-Learning. Saya salah seorang pelajar tersebut berasa sangat bertuah kerana pada zaman saya belajar sekarang telah dicipta sistem pembelajaran seperti ini.

Setelah membuka sistem E-Learning, tajuk pada minggu ini adalah mengenai Aplikasi Emel. Suatu ketika dahulu, Emel begitu popular sehinggalah ke hari ini selepas sistem surat menyurat. Terdapat banyak kelebihan menggunakan emel berbanding surat. Contohnya, penggunaan Emel mudah dikendali, menjimatkan masa, mudah dicetak, dan bersifat global. Namun, terdapat juga kelemahan menggunakan Emel seperti tiada respon dari penerima, salah arah, berlaku pemintasan, pemalsuan dan ruang untuk memuat naik adalah terhad.

Bagaimana mempunyai E-mel sendiri?

Mudah saja untuk memiliki e-mel. Anda boleh pilih sama ada ingin menggunakan e-mel g.mail, yahoo.mail ataupun yang lain. 
Contoh jika anda ingin mendaftar e-mel menggunakan g.mail . anda boleh klik Sign up g.mail dan ikutlah arahan yang diberikan. 

Senang kan? Emel server membolehkan perisian atau program menerima emel dari emel server yang lain. E-mel pelanggan pula (email client) pula e-mel server tempatan menerima emel dari hos tempatan manakala peti masuk adalah fail untuk meyimpan e-mel. E-mel juga membantu dalam membuat pilihan penghantaran sama ada secara individu (Carbon Copy Section) atau berkelompok (Blind Copy Section/bcc).




EBerikut menunjukkan proses penghantaran e-mel. Pertama sekali, Simple Main Transfer Protocol (SMTP) akan menerima emel. Domain Name Server (DNS) pula akan mengesan e-mel penerima. Walau bagaimanapun, emel tersebut diterima melalui 2 kaedah iaitu Post Office Protocol (POP3) dan Internet Message Access Protocol (IMAP). POP3 adalah kaedah satu hala iaitu emel hanya dapat dibuka sekali dan tidak disimpan di Web Server manakala IMAP adalah kaedah dua hala iaitu e-mel dapat dibuka pada bila-bila masa dan di mana sahaja. E-mel juga disimpan di Web Server sebagai contoh Yahoo  mail, Gmail dan lain-lain.

Di sini saya kongsikan langkah bagi mengelakkan peranti dijangkiti. Antaranya ialah dengan tidak membuka lampiran (attachment) dalam e-mel tersebut. Seterusnya, Junk Mail mempunyai kaedah penyebaran yang hampir sama dengan virus Melissa. Namun, hanya sebahagian alamat e-mel yang dijangkiti seperti melayari laman web tertentu. Langkah pencegahan yang dapat dilakukan adalah dengan preview fail sebelum memuat turun.