Pages

Monday, May 30, 2016

RANGKAIAN KOMPUTER

Assalamualaikum. . Khabare semua? Harap semuanya sihat-sihat sahaja. Memandangkan musim sekarang musim panas jadi saya nasihatkan semua agar rajin-rajinkan diri minum banyak air ok? Jangan asyik nak minum ais jew nanti akan mendatangkan sakit.

Baiklah saya teruskan dengan pembelajaran saya pada hari ini. Hari ini kelas bermula dalam keadaan yang agak riuh rendah kerana semua mengadu panas. Tapi bukan penghalang untuk meneruskan kuliah pada hari ini. 

Panas ke sejuk kew letak tepi mari saya tunjukkan video serba sedikit tentang  pengenalan kepada tajuk saya pada hari ini.

Tajuk pada hari ini ialah  rangkaian komputer sedikit sebanyak telah diterangkan dalam video dia atas. . Apa? Line internet anda slow? Tidak dapat buka dan tonton video di atas? Takpe. Mari saya terangkan satu persatu.

Rangkaian komputer bermaksud sambungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Maksudnya kat sini rangkaian komputer ini ialah satu sistem komputer yang mengandungi dua atau lebih komputer yang dihubungkan di antara satu sama lain melalui sistem operasinya yang selaras walaupun komputer-komputer tersebut berada di tempat yang jauh. Rangkaian komputer menggunakan kabel talian telefon gelombang radio, satelit dan infra merah.

Seterusnya, dalam tajuk ini apa yang kita perlu tahu ialah terdapat 3 jenis rangkaian secara asasnya iaitu :



i) MAN (Metropolitan Area Network)
Okay. Untuk pengetahuan MAN merupakan satu jaringan yang meliputi satu kawasan yang luas tetapi masih terbatas kepada suatu tempat yang sama. Contohnya, kampus universiti, sekolah, dan sebagainya.

ii) WAN (Wide Area Network)

WAN adalah satu rangkaian komputer yang dijalankan ke selur
uh pelusuk dunia tanpa mengira keadaan geografinya. Sebagai contohnya, jika anda berada di Malaysia, WAN membolehkan anda mendapatkan maklumat dari satu tempat host yang terdapat di Singapura. Faham ke tak faham ni? Ke buat-buat faham? (Hihi). Di samping itu, jaringan ini dijalankan dengan menggunakan talian telefon dan satelit.

iii) LAN (Local Area Network)

LAN ialah rangkaian setempat. Secara ringkasnya, beberapa PC boleh disambungkan bagi mendapat kemudahan yang terdapat dalam rangkaian. Sama dengan MAN dan WAN kerana LAN mempunyai station kerja yang disambungkan kepada server.

Kelas diteruskan lagi apabila Dr. Dayana memperkenalkan KOMPONEN RANGKAIAN. Pertama sekali kita harus tahu kompenen-kompenen yang terlibat. Tak perlu saya tulis panjang-panjang, rujuk pada gambar rajah di bawah. 



1) Hots / End Nodes / Nod Akhir

  • Nod akhir merujuk kepada sumber dan destinasi data. Sebagai contoh, komputer peribadi, terminal, stesen kerja dan mesin pengeluaran wang automatik.


2) Media Penghantaran

  • Rupanya media penghantaran berfungsi sebagai penghantaran data dan signal kawalan. Media pengahantaran ini juga bertanggungjawab untuk menghantar elektrik atar isyarat melalui media tertentu. Selain itu, ia boleh disempadani atau tidak boleh disempadani. Dengan lebih jelah berwayar atau tidak berwayar.


Boleh disempadani/Bounded (wired)
Tidak boleh disempadani/ Unbounded (wireless)
      ·         Twisted pair cable
      ·         Coaxial cable                  
      ·         Fiber optic cable
  
      ·         Radio signals
      ·         Satellite transmission
      ·         Infrared transmission

3) Peranti Elektronik Rangkaian

  • Peranti elektronik rangkaian bertanggungjawab untuk mengawal data dari sumber ke destinasi. Selain itu, peranti ini menyediakan muka antara pemancar media yang berbeza / untuk protokol yang berbeza. Fungsinya adalah untuk menyambung pelbagai rankaian bersama-sama atau untuk menyambung komputer atau rankaian ke internet.
  • Contoh-contoh peranti ini termasuklah:

  • i) Jambatan (Bridges)
  • ii) Router
  • iii) Pemultipleks (Multiplexers)
  • iv) Suis (Switch)
  • v) Hab (hubs)
  • vi) Gerbang (GAteways)
  • vi) Pemproses Akhir HAdapan (Front End Processors)

4. Seni Bina Rangkaian
  • Seni bina rangkaian adalah cara reka bentuk untuk berkomunikasi. Terbahagi kepada 2 jenis iaitu pelanggan iaitu client dan server. Client ialah komputer yang meminta atau menggunakan sumber rangkaian manakala server pula memproses permintaan oleh pelanggan. PELAYAN RANGKAIAN? Pelayan rangkaian menyediakan akses kepada perisian, fail, dan lain-lain yang dikongsi dalam rangkaian. Ada 2 istilah yang perlu kita ketahui iaitu 'mendapatkan semula fail dari pelayan= muat turun' manakala 'memindahkan daripada pelanggan ke pelayan=memuat naik'.
  • Seterusnya, peer to peer network. Pernah dengar sebelum ini?Peer to peer network tiada centre server. Ia mempunyai akses terus ke peranti lain. Contoh Internet peer to peer ialah iTunes dan Bluetooth.
5. Topologi Rangkaian
  • Topologi rangkaian adalah kajian tentang sususan atau pemetaan unsur-unsur (pautan, nod, dan lain-lain) rankaian, terutamanya fizikal dan logik saling berhubung antara nod.
  • Terdapat 2 jenis topologi rangkaian iaitu, Topologi Fizikal dan Topologi Logik. Topologi fizikal merupakan susun atur fizikal peranti pada rangkaian atau cara peranti pada rangkaian disusun dan bagaimana mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Ohya sebelum saya terlupa, topologi fizikal ini juga melibatkan stesen kerja disambungkan kepada rangkaian melalui kabel sebenar yang menghantar data. Topologi fizikal terbahagi kepada 5 jenis iaitu :

i) Topologi Bas




ii) Topologi Cincin (Ring)




iii) Topologi Star



iv) Topologi Tree


v) Topologi Mesh



2) Topologi Logikal= Cara isyarat bertindak ke atas rangkaian dari satu peranti ke peringkat seterusnya tanpa mengambil kira sambungan fizikal ke atas peranti. Terdapat 2 jenis topologi ini iaitu "shared media topology" dan "token-based topology".


Tuesday, May 3, 2016

MENGHUBUNGKAN RANGKAIAN (BAHAGIAN 1) : KABEL 7 PERKAKASAN

Assalamualaikum & salam sejahtera. Akhirnya setelah beberapa minggu tangan ni tidak meng-updates laman blog ini atas beberapa kekangan yang dihadapi. Al-maklumla musim sekarang musim test, presentation, submit report dan blablabla. Panjang kalau nak cerita life seorang pelajar universiti. Saya yakin semua orang akan mengalami dan menghadapi benda yang sama. Jangan stres-stres dengan `life’ sebagai pelajar. Insyaallah setiap pengorbanan akan dibalas dengan kejayaan.

Berbalik kepada tujuan saya menulis hari ini, saya ingin berkongsi ilmu yang telah saya pelajari tempoh hari. Tajuknya ialah “Menghubungkan Rangkaian (Bahagian I):Kabel & Perkakasan”. Agak panjang tajuk harini ini tapi untuk tidak memeningkan semua pembaca saya sedikit sebanyak akan cuba ringkaskan agar semua dapat memahami dengan mudah dan cepat.

Saya pasti semua pelajar pasti akan rasa bosan bila perlu membaca nota dalam bahasa Inggeris. Kan?Kan? Dalam blog saya ini saya akan cuba terjemahkan sebaik mungkin. Insyallah.
 
APA YANG SAYA BELAJAR?

Bismillah. 

Kelas bermula dalam keadaan yang ceria pada hari ini. Mana tidaknya, hari ini semua rakan-rakan tiba awal tepat pada masanya. Jadi secara tidak lansung mood semula berada dalam keadaan baik untuk belajar. Baiklah berbalik pada topik yang telah saya belajar pada hari ini, rupanya terdapat perkakasan-perkakasan(hardware) yang boleh digunakan untuk menghubungkan semua rangkaian. Mesti korang tertanya-tanya apa hardware tu kan? Mari sini saya terangkan satu persatu. Pertama, anda tahu kabel? Saya yakin semua orang kenal kabel tetapi tidak tahu definisi penuh kan? KABEL adalah medium untuk sesuatu maklumat bergerak antara tempat-tempat yang berbeza.

Rangkaian Berwayar -------> Rangkaian berwayar memerlukan sambungan berbentuk fizikal yang melibatkan kabel seperti telefon yang konvesional. Rangkaian ini lebih laju tetapi kosnya tinggi serta kebolehpercayaan tinggi.

Rangkaian Tanpa Wayar -------> Rangkaian tanpa wayar hanya menggunakan signal untuk menghantar data seperti rangkaian televisyen dan radio serta rangkaian selular. Rangkaian ini menghubungkan antara rangkaian yang lain walau di mana kita berada tanpa menggunakan sebarang kabel.

Seterusnya, setelah belajar berkaitan kabel dan fungsinya, pembelajaran diteruskan lagi dengan mengenal jenis-jenis serta fungsi khas yang lain bagi sesuatu kabel tersebut. Antara kabel tersebut dan fungsinya ialah seperti di bawah :

1) Kabel Sepaksi (Coaxial Cable). 

=> Membolehkan penghantaran data berkelajuan tinggi seperti video dalam satu masa. Kabel ini terkenal dengan wayar yang berperisai seperti jalinan bagi menghalang signal elektromagnetik dari memasuki kabel. Selain itu, mempunyai pengalir kuprum tunggal pada pusat wayar tersebut. Akhir sekali, satu lapisan plastik juga dijadikan penebat antara pusat konduktor dan perisai jalinan logam.




2) Kabel Fiber Optik

=> Kabel fiber optik berbeza dengan kabel sepaksi. Kabel ini digunakan untuk menghantar isyarat menggunakan cahaya sekaligus dapat mengelakkan daripada gangguan elektrik.
         

3) Twisted-Pair Cable / Kabel Pasangan Terpiuh

=> Terbahagi kepada dua iaitu UTP dan STP

i) Unishielded Twisted Pair (UTP) 

=> Juga dikenali sebagai pasangan berpintal tanpa berperisai mempunyai 4 pasang wayar di dalam jaket dan setiap pasangan berpintal dengan nombor yang berbeza. Di samping itu, ia juga membantu menyingkirkan gangguan dari pasangan bersebelahan dan peranti elektrik yang lain. Kelemahan? Terdedah kepada gelombang radio dan gangguan frekuensi elektrik.

ii) Shielded Twisted Pair (STP) 

=> Memiliki keadaan wayar yang sama malah dibaluti dengan foil berfungsi sebagai pelindungan. Keadaan ini membantu menyediakan data yang lebih berkualiti dalam proses komunikasi. Kabel ini juga sesuai untuk persekitaran yang menerima banyak gangguan elektrik. Akan tetapi kelemahan kabel ini adalah perisainya menjadikannya bersaiz besar.

Seterusnya, kelas diteruskan lagi dengan PERKAKASAN RANGKAIAN. Perkakasan rangkaian termasuk semua komputer, perkakasan komputer, kad antara muka dan lain-lain peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan pemprosesan data dan komunikasi di dalam rangkaian.





Anda mesti sudah selalu tengok benda di atas itu kan? Itu merupakan fai "server" merupakan komputer yang pantas dan akan berada di tengah-tengah kebanyakan rangkaian. Berbeza dengan komputer kerana ia memerlukan RAM dan ruang penyimpanan yang besar yang akan sentiasa terpasang.

Seterusnya, untuk makluman semua pengguna komputer yang disambungkan ke rangkaian tertentu dikenali sebagai stesen kerja (WORKSTATION) di mana dikongurasi sekali dengan NETWORK INTERFACE CARD (NIC), perisian rangkaian dan kabel yang sesuai. NIC mempunyai 3 sambungan rangkaian yang biasa digunakan seperti kad ethernet, penyambung local talk dan kad token ring.

Sebelum mengakhiri penulisan ilmu saya pada hari ini, memandangkan semua nampak bosan dan mengantuk dengan tajuk ini al maklumlah tajuk ini memerlukan kita mengahafal dan mengingat jenis kabel. Di sini saya ingin kongsikan surah yang boleh dibaca untuk menghilangkan mengantuk di dalam kelas. Insyaallah dengan JIWA YANG TENANG, ILMU AKAN MENJADI SENANG UNTUK DITIMBA.