Pages

Saturday, March 5, 2016

KOMUNIKASI DATA

Pada sesi pembelajaran kedua, kelas bermula tepat jam 9 pagi. Dr. Dayana kelihatan segak bergaya dengan pakaian serba biru. Saya dan rakan-rakan didedahkan dengan tajuk harini iaitu komunikasi data. Sebenarnya, komunikasi antara data-data berlaku dalam kehidupan seharian setiap masa tanpa kita sedari. APA ITU DATA ? DI MANA DATA BERADA? APAKAH FUNGSI DATA? Segalanya berlengar-legar di ruangan fikiran saya. Bagi menjawab persolan tersebut bacalah blog saya ini sehingga habis tajuk ini. Selamat membaca.

-Data adalah fakta atau bahagian dari fakta yang mengandungi maksud yang dihubungkan dengan kenyataan ataupun simbol-simbol.
-Data Analog diperoleh dari nilai-nilai yang bersifat continous dalam beberapa interval. Contoh : suara, video.
-Data digital diperoleh dari nilai-nilai yang discreate.      Contoh : Text

KOMUNIKASI DATA ?

-Komunikasi data adalah hubungan atau interaksi (pengirim dan penerima) antara device yang terhubung dalam sebuah jaringan tidak kira dengan jangkauan sempit mahupun yang lebih luas.

Komponen Komunikasi Data :

a) Pengirim
b) Penerima
c) Data
d) Media Pengiriman
d) Protokol

i) Signal Analog.
  •  Gelombang elektromagnetik kontinous yang disebar melalui suatu media, tergantung pada spertrumnya.
  • Memiliki Amplitude yang merupakan sinyal pada satu ukuran waktu dan frekuensi.
ii) Signal Digital
  • Serangan tegangan yang dapat ditransmisikan melalui suatu medium kawat.
  • Tersusun atas dua keadaan iaitu bit ,merupakan keadaan 1 yang bermaksud aktif dan 0 tidak aktif
Aliran Data Transmisi
  1. Simplex = hanya mentransmisikan signal dalam satu arah sahaja, di mana pemancar signal bertindak sebagai pengirim (transmitter) yang lainnya sebagai penerima (receiver).
  2. Half-duplex = Kedua pemancar bertindak sebagai transmitter atau receiver tetapi dapat dilakukan secara bersamaan. 
  3. Full-duplex = Hampr sama dengan half duplex, tetapi kedua pemancar dapat melakukan pengiriman ataupun penerimaan secara bersamaan tanpa harus bergantian.
Di samping itu, pada akhir sesi pembelajaran pada hari ini, bagi memudahkan saya dan rakan-rakan memahami dan meningati tentang tajuk ini, Dr. Dayana meminta saya menulis nota dalam bentuk melakarkan peta minda. Tetapi, pada hari ini peta minda yang dimaksudkan bukanlah menggunakan tulisan tangan tetapi memerlukan kami menggunakan aplikasi yang dinamakan MINDOMO bagi melakar peta minda. Pada mulanya saya berasa kekok untuk mmbuat peta minda menggunakan aplikasi ini memandangkan ini merupakan kali pertama saya menggunakan aplikasi ini. Tetapi, atas tunjur ajar serba sedikit oleh Dr. Dayana dan juga rakan-rakan, saya mula mempelbagaikan penulisan nota saya dengan menambah gambar, dan simbol bagi memudahkan saya mengingati.

Contoh peta minda yang telah saya hasilkan.