Pages

Tuesday, February 23, 2016

PENGENALAN KEPADA TELEKOMUNIKASI


Kelas bermula tepat seperti yang tercatat di dalam jadual. Kelas pertama ini mempertemukan saya dengan seorang pensyarah yang sangat berkaliber tinggi iaitu Dr. Noor Dayana Binti Abd Halim. Seperti biasa, sebagai permulaan kelas Dr memperkenalkan diri beliau terlebih dahulu bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Saya terpegun dengan perwatakan yang dimiliki oleh beliau iaitu peramah dan agak tegas.

Pembelajaran pertama hari ini ialah PENGENALAN KEPADA TELEKOMUNIKASI. Melihat kepada tajuk-tajuk di dalam E-Learning tidak lagi asing bagi saya kerana sesetengah tajuk tersebut telah saya pelajari semasa di Pra-Universiti Sekolah Sukan. Berbalik kepada tajuk harini, saya akan menceritakan sedikit sebanyak tentang tajuk ini. Apa yang anda faham apabila orang menyebut komunikasi?

KOMUNIKASI ?   -Komunikasi merupakan penyampaian maklumat atau pertukaran fikiran, idea-idea, pengetahuan atau maklumat.

-Terdapat 6 elemen yang terlibat yang anda perlu ingat semasa proses komunikasi berlaku iaitu,
i) pengirim
ii) mesej
iii) saluran
iv) penerima
 v) noise
vi) feedback.
                             
TELEKOMUNIKASI ?

Telekomunikasi ialah teknik penyampaian maklumat dari satu tempat ke tempat yang lain. Beza dengan komunikasi ialah dari segi jarak. Telekomunikasi berlaku pada jarak yang jauh berbanding komunikasi. Seterusnya, dalam tajuk ini anda perlu mengetahui unsur-unsur sistem komputer dan komunikasi. 

Terdapat 6 Unsur Sistem Komputer Dan Komunikasi. Antaranya ialah :


1) Orang/Manusia - Terdapat dua jenis pengguna iaitu professional dan pengguna akhir.
2) Posedur - Penerangan tentang bagaimana perkara-perkara yang dilakukan, langkah-langkah untuk mencapai keputusan 
3) Data maklumat - Mengandungi fakta dan angka yang diproses menjadi maklumat
4) Perkakasan (Hardware) - Terdiri dari semua perkakasan yang terdapat dalam komputer
5)  Software (Perisian atau program) - Terdiri daripada langkah demi langkah arahan yang memberitahu komputer bagaimana untuk melaksanakan tugas.
6) Komunikasi - Pemindahan elektronik data dari satu tempat ke tempat lain yang melibatkan pengguna, penerima, komputer, medium penghantaran isyarat (modem).




PENGENALAN



   
  Selamat datang & terima kasih kerana sudi singgah di laman blog saya. Siapa saya? Saya merupakan pelajar Tahun 1 Universiti Teknologi Malaysia jurusan Sains Serta Pendidikan Sains Sukan. Saya tak nak tulis panjang lebar tentang diri saya di sini kerana saya telah menceritakan di ruangan profile saya.Nak tahu tentang diri saya dengan lebih lanjut anda boleh baca di ruangan profile saya.

     Sebelum saya terlupa, mesti ada yang tertanya-tanya mengapa pelajar jurusan sains sukan perlu belajar subjek berkaitan komputer ini ? Menjawab kepada tanda soal yang berlegar-legar di ruangan otak anda, saya perlu belajar subjek ini memandangkan minor kepada jurusan saya adalah ICT.  Pertama sekali saya ingin menegaskan tujuan utama mengapa saya menulis blog ini. Tujuan utama saya menulis blog ini adalah untuk memenuhi tugasan yang diminta oleh pensyarah saya iaitu Dr. Noor Dayana Binti Abd Halim juga merupakan alumni UTM. Beliau mengajar subjek Telekomunikasi & Rangakaian bagi semester 2 saya. Dalam subjek ini, saya diminta menulis refleksi tentang pembelajaran sepanjang kelas berlansung setiap minggu. Dalam masa yang sama, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama anda sekalian. Semoga ilmu yang bakal dikongsi ini pada laman blog ini bermanfaat serta dijadikan bahan rujukan kepada pelajar-pelajar lain. Jika ada soalan berkaitan input-input yang bakal disampaikan, anda jangan segan silu untuk meninggalkan komen anda. Insyaallah, sama-sama kita berkongsi ilmu pengetahuan yang sedia ada.

     Seperti sedia maklum, perkembangan teknologi semakin berkembang pesat dari semasa ke semasa. Jadi, memandangkan subjek ini berkait rapat dengan teknologi, saya sebagai bakal pendidik harus mengetahui perkembangan teknologi tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara. Hal demikian kerana pengetahuan tentang teknologi terkini berhubung kait dengan amalam pembelajaran generasi kini dan akan datang. Sudah terang lagi bersuluh, pengaplikasian teknologi terhadap pendidikan memberikan impak perubahan yang ketara dari segi proses pengajaran & pembelajaran berlaku. Jadi bagi mengetahui impak-impak tersebut, ikutilah blog saya sehingga saya tamat semester 2 kerana segalanya akan diterangkan secara berperingkat.